Ahad, 8 November 2009

41 kelebihan wanita islam

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Jumaat, 5 Jun 2009

AWAS !! Anda Mungkin Terminum Air Kolam Ikan!!!


hahaha!!! lagi 1 fakta yang menarik....korang rase air yang korang minum tu selamat ke???
dari segi labelnye mmg "selamat" tapi....korang mungkin terminum air kolam ikan....!!!!!

lepas korang tau ni.....mungkin korang akan di "cap" manusia kedekut mcm aku gak....tapi bagi yang tau sure akan memahami....kenape aku ckp camtu???...haaa...ni la yang aku nak bagitau nie!!!

berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sebuah Universiti kat Australia..(aku dah lupe name dia sbb aku tgok rancgn tu sepintas lalu je..) dia buat ujian berkenaan kebersihan air yang diminum...dipendekkan cerita....diorang amek 3 botol air mineral yang baru dibeli dari kedai dan 1 bekas air yang selalu digunakan untuk simpan air(ala...cam yang orang selalu bwk g keje, g skolah..isi air masak dalam tu)...

botol A dibuka dan di biarkan...
botol B dibuka...kemudian seorang penguji meminum air tu tinggal separuh..
botol C dibuka..kemudian 2 orang penguji berkongsi meminum air dalam botol tu (selalu terjadi kat kite...sowang beli pastu kongsi ramai2)
Bekas air D dibuka..pastu air dalam tu diminum habis pastu diisi semula air yang bersih..

**ujian dijalankan berdasarkan tabiat yg selalu org buat...minum dgan meletakkan bibir pada botol**

pastu kesemua botol n bekas air tu di biarkan semalaman.....

THE RESULT!!!!!

keesokkannye.....diorang ambik sample air dari setiap botol yang semalam tu...
pastu diorang jumpe...byk bakteria2 dlm kesemua air tu...

botol A paling sikit bakteria..

botol B ade bakteria yang leh mnyebabkan saket perut...

botol C paling banyak bakteria dan kandungan air tu bleh mnyebabkan keracunan mknn, flu dan demam....malah bleh mnyebabkan kematian!!!! tapi bukan bagi semua orang...ade org yang tak tahan dengan sesetengah bakteria yang terhasil tu je kena... (ehem..ehem..owg cam aku la..senang sgt kena selsema!! tanda2 mudah kena penyakit!!)

Bekas air D juge banyak bakteria tapi tak sebanyak pada Botol C...jadi setiap kali lepas habis minum...bekas air elokla di basuh dgn sabun...!! baru isi air yg baru..

menurut kajian tu jugak...dalam botol C tu..banyak bakteria yg terhasil dlm air dia same dgn bakteria yang dijumpai dalam "Kolam Ikan"...(cube korang bygkan korang minum air kolam ikan)... walaupun air tu nampak jernih n tak terjejas pape...tapi tu la hakikatnye...!!
sebab air liur dari 2 atau lebih individu yg minum air tu telah menghasilkan bakteria2 kolam ikan tersebut....

hahahahahaaa!!! jadi.....selepas aku tau...aku tak pernah kongsi air dgn org!!! walaupun aku aktif main bola..n berkongsi air dlm 1 botol dah jadi tabiat...aku tetap akan minum air dr botol yang belum dibuka...so..sape yg minum lepas aku nasib dia la...minum air kolam ikan!! shhhhh!!! jgn bgtau kat diorg...hahaha!!!


ruro : pendek cerita....kebersihan mesti diutamakan!!! bukan taknak berkongsi maksudnye "kedekut" tapi demi kebaikkan org yang meminta gak...supaya dia tak terminum air kolam ikan...
"setiap yg dilarang kdg2 utk kebaikkan kita sendri gak tanpa kite sedari!!"

Isnin, 25 Mei 2009

KISAH SOTONG YANG BIJAK ??? AIK??


















ni ade 1 cerita yang aku pun tak tau
betul ke tipu...logik ke tak logik..
aku ni suke tgok cerita yang pelik-pelik
jadi tak heranla cerita ni bleh mendapat
perhatian mendalam dari aku. kisah ni aku
tgok kat channel national geographic..dah lame dah..
dalam 3 tahun lepas...tapi just pagi tadi mase breakfast
aku teringat tentang sotong..so timbul la balik kisah
ni dah lame terperuk kat dalam pikiran aku
yang dah sedia tercemar ni..kisah ni pasal evolusi sejenis
makhluk yang di panggil S.O.T.O.N.G...
menurut kajian orang yang pandai kat dalam
tv tu (yang pandai2 buat cerita ni la..)
di cakap selepas 10-20 juta tahun akan datang..
bumi ni dah tak sesuai lagi dah manusia duduk..
jadi manusia time tu dah berhijrah ke planet lain yang lebih selamat...
lalu bumi ni pun ditinggalkan dlm keadaan tercemar...selepas 10juta tahun..
planet bumi ni mengalami beberapa kali perubahan iklim dan cuaca..
untuk proses pemulihan secara semulajadi...
dan time tu bumi ni dah jadi balik macam zaman2 dinosaur dulu ha....
aku nak cerita camane zaman dinosaur pun aku tak tau...sbb aku sendiri tak pernah tengok..kalau sape-sape pernah tangok bolehla bagitau kat aku
mase manusia tinggalkan bumi dulu dan disebabkan keadaan
bumi yang teruk..semua haiwan pun pupus... jadi yang
boleh survive just haiwan dlm laut yang kecik-kecik..
ala...cam penyu, buaya dan belangkas yang leh survive dari zaman dinosaur dulu...
tapi kali ni bukan buaya, penyu dan belangkas yang terselamat...
tapi 2 jenis hidupan laut...yang bernama sotong dan siput..
Bermula la...era evolusi bagi 2 makhluk nie....disebabkan proses evolusi yang terjadi..
si sotong ni ha.. dah pandai dah naik ke daratan...same la dgn si siput...
nak mudah cerita aku bagi nama la...si sotong ni nama salman...
dan si siput name sudin..disebabkan si salman ni cepat sikit pergerakkan dia dari si sudin (korang bayangkan la siput dgn sotong bergerak camane)...
jadi dia dah sampai daratan lagi awal..lalu
si salman ni berevolusi lebih awal 2-3 ribu tahun dari si sudin.
bila takde persaingan dari lain2 makhluk dan hidupan
dari darat time tu...maka diorang berdua ni senangla
berevolusi tanpa ada gangguan..sampai 1 tahap
si salman ni dah mula nak meneroka kedalam
kawasan hutan2 lak...mula2 si salman ni menghadapi masalah untuk melalui kawasan yang bersemak samun lalu..si salman ni pun try la panjat pokok..dan dgn bantuan sesungut2 sotong
yang dimiliki...salman pun berjaya memanjat pokok....dan mula bergerak dari dahan ke dahan..
yang si sudin ni taknak mengalah dia pun nak masuk jugak dalam hutan......
pastu...sudin ni mengalami masalah untukbergerak...sebab stuktur badan dia (siput) tak sesuai untuk masuk semak2...ha...lagi 1..time tu diorang ni bukan kecik cam yang zaman sekarang nie...
size diorg besar..sbbkan takde pemangsa so..proses evolusi diorang di tahap maksimum..
dianggarkan saiz siput (si sudin) sebesar 2x saiz gajah afrika..dan si sotong (salman) lak sebesar kambing...kalau la aku jumpe siput sebesar tu kat tepi semak blakang umah aku...bleh mati terkejut aku..!!
ok...sambung semula...disebabkan sudin ni besar dan susah untuk bergerak dalam semak2 kat hutan..menyebabkan salman telah semakin jauh kehadapan (evolusi dia lebih cepat)...salman mula belajar hidup diatas pokok dan makin selesa...tapi perubahan fizikal telah berlaku pada dia...disebabkan dia bergayut dari dahan ke dahan...dia tak menggunakan banyak sesungut...lalu sesengut sotong milik salman yang banyak tu dah berkurangan dan tinggal hanya 4...(korang bayangkan macam monyet yang guna 2 tangan dan 2 kaki untuk bergerak diatas pokok)
lama kelamaan perubahan salman menghampiri bentuk seakan2 monyet pada zaman sekarang.. yang si sudin lak...semakin tebal hutan yang di masuk makin sukar untuk dia bergerak...ini menyebabkan dia sukar mencari makanan dan dia mati...yang tragisnya!! si salman mengambil kesempatan tu untuk memakan sudin yang telah mati...menjadikan salman sebagai karnivor...salman dah bertukar status menjadi karnivor!!!...makin lama...salman yang telah menjadi dominan dalam hutan berevolusi lagi sehingga menjadi seakan-akan manusia... (berdasarkan kepercayaan teori darwin - manusia dari monyet!!! ) dari situ bermula la makhluk pintar yang berevolusi dari sotong....!!!



aku ketawa bagai nak pecah perut mase tengok cerita neh...tapi bila aku pikir-pikir balik ada logiknya..just aku tak percaya langsung teori darwin tu...so aku pun tak percaya la teori ni..
yang aku tau..bukan manusia berasal dari monyet...tapi kalau monyet berasal dari manusia adala..(kisah kaum nabi lut yang tidak patuh pada perintah ALLAH)

jadi...korang percaye tak?? terpulang....!!!

Ruro : nasihat aku, jangan makan sotong...takut nanti diorang balas dendam dgn keturunan manusia... :P